Kebudayaan Indonesia secara sempit dapat ditakrifkan sebagai seluruh kebudayaan
Indonesia yang telah ada sebelum terbentuknya negara Indonesia pada tahun
1945. Seluruh kebudayaan tempatan yang berasal daripada kebudayaan beraneka ragam suku-suku kaum di Indonesia adalah merupakan bahagian-bahagian kebudayaan Indonesia yang penting.Kerajaan-kerajaan yang bernafaskan agama Hindu dan Buddha sempat mendominasi Nusantara pada
abad ke-5 ditandai dengan berdirinya kerajaan tertua di Nusantara,
Kutai sampai ke penghujung
abad ke-15.Kebudayaan Cina masuk dan mempengaruhi kebudayaan Indonesia kerana interaksi
perdagangan yang intensif antara pedagang-pedagang
Cina dan Nusantara (
Sriwijaya). Selain itu, banyak pula yang masuk bersama perantau-perantau Cina yang datang dari daerah selatan
China dan menetap di Nusantara. Mereka menetap dan mengahwini penduduk tempatan menghasilkan
perpaduan kebudayaan Cina dan tempatan yang unik. Kebudayaan seperti inilah yang kemudian menjadi salah satu akar daripada kebudayaan tempatan moden di Indonesia seperti kebudayaan
Betawi.Kebudayaan Arab masuk bersama penyebaran
agama Islam oleh pedagang-pedagang Arab yang singgah di Nusantara dalam perjalanan mereka menuju negara China.