Menu
Kebudayaan_Itali SeniSepanjang zaman, seni Itali telah mengalami banyak perubahan gaya. Seni lukis Itali biasanya bercirikan warna dan pencahayaan yang cerah, misalnya pada karya-karya Caravaggio dan Titian, serta keasyikan dengan tokoh dan motif keagamaan. Seni lukis Itali paling trampil di Eropah selama ratusan tahun, sejak zaman Romanesque dan Gothik, hingga zaman Pembaharuan dan Barok yang berbuah di Itali. Seniman-seniman terkenal yang bergiat pada zaman-zaman ini termasuk Michelangelo, Leonardo da Vinci, Donatello, Botticelli,Fra Angelico, Tintoretto, Caravaggio, Bernini, Titian dan Raphael.
Selepas itu, Itali terpaksa mengharungi penjajahan kuasa asing yang menyebabkan tumpuan beralih ke hal-ehwal politik sehingga kewibawaannya sebagai peneraju seni di Eropah pun merosot. Pada abad ke-20 barulah Itali mencapai kegemilangan semula sebagai kuasa berpengaruh dalam evolusi seni dengan aliran Futurisme, terutamanya dengan karya lukisan Umberto Boccioni dan Giacomo Balla. Futurisme disusuli oleh lukisan metafizik Giorgio de Chirico yang berpengaruh hebat terhadap gerakan Surealisme dan generasi-generasi seniman yang seterusnya.
Menu
Kebudayaan_Itali SeniBerkaitan
Kebudayaan Malaysia Kebudayaan Korea Kebudayaan Sarawak Kebudayaan Rusia Kebudayaan Palestin Kebudayaan Cina Kebudayaan Vietnam Kebudayaan Islam Kebudayaan United Kingdom Kebudayaan Arab SaudiRujukan
WikiPedia: Kebudayaan_Itali http://artpassions.com/art/1109-Fine-Art-Classics/... http://www.fifa.com/worldcup/archive/index.html http://www.frieze.com/issue/article/milan_turin http://books.google.com/?id=C37Gq2GagZIC&dq=Italia... http://books.google.com/books?id=pkeaOOxb_isC&pg=P... http://www.italian-renaissance-art.com/Vitruvian-M... http://www.languagemonitor.com/popular-culture/fas... http://www.wiley.com/WileyCDA/WileyTitle/productCd... http://opera.stanford.edu/misc/Dornic_survey.html http://ccat.sas.upenn.edu/italians/resources/Amici...