Kebutaan
Kebutaan

Kebutaan

Kebutaan ialah keadaan tentang gangguan atau kehilangan persepsi penglihatan, akibat faktor fisiologi ataupun psikologi.Pelbagai skala dibangunkan bagi menggambarkan tahap kehilangan penglihatan dan mentakrifkan "buta".[1] Buta sepenuhnya adalah kehilangan menyeluruh segala bentuk deria cahaya dan direkodkan secara perubatan (klinikal) sebagai "NLP", ringkasan kepada ("no light perception").[1] "Buta" seringkali digambarkan sebagai kecacatan penglihatan teruk dengan sisa penglihatan. Untuk menentukan mereka yang memerlukan bantuan khas disebabkan kecacatan penglihatan, pelbagai perundangan kerajaan telah membentuk takrifan yang semakin rumit yang dirujuk sebagai disahkan buta - (legal blindness).[2] Di Amerika Utara dan kebanyakan Eropah, disahkan buta ditakrifkan sebagai tahap penglihatan pada tahap 20/200 (6/60) atau kurang dari itu pada mata terbaik dengan pembetulan sebaik mungkin. Ini bererti individual yang disahkan buta. Ini bererti mereka yang disahkan buta perlu berdiri sejauh 20 kaki daripada sesuatu objek bagi melihatnya sejelas apa yang orang normal mampu lihat pada jarak 200 kaki. Pada kebanyakan kawasan, mereka dengan penglihatan tajam purata bagaimanapun mempunyai lapangan pandangan kurang daripada 20 sudut darjah (biasanya 180 darjah) juga dikelaskan sebagai disahkan buta. Sekitar sepuluh peratus daripada mereka yang disahkan buta, menurut mana-mana ukuran, tidak mempunyai penglihatan. Bakinya mempunyai sedikit penglihatan, dari mengesan cahaya kepada ketajaman yang relatively good acuity. Low vision is sometimes used to describe visual acuities from 20/70 to 20/200. Menurut Penilaian semula ke 10 Pengkelasan Statistik Antarabangsa, Kecederaan dan Punca Kematian WHO, Penglihatan lemah ditakrifkan sebagai ketajamanpenglihatan kurang dari 6/18, tetapi lebih baik atau bersamaan dengan 3/60, atau bersamaan kehilangan medan penglihatan kepada kurang daripada 20 darjah, dalam mata terbaik dengan pembetulan terbaik. Buta ditakrifkan sebagai ketajaman penglihatan kurang dari 3/60, atau bersamaan kehilangan medan penglihatan kurang daripada 10 darjah, pada mata terbaik dengan pembetulan terbaik.