Kecantikan
Kecantikan

Kecantikan

Kecantikan, keindahan atau keelokan ialah hal atau keadaan cantik,[1] yakni sifat pada manusia, makhluk, objek atau tempat yang memberi perasaan persepsi keseronokan atau kepuasan. Kecantikan dikaji dalam bidang estetika, budaya, psikologi sosial, falsafah dan sosiologi. Kehodohan pula ialah lawan kepada kecantikan.Pengalaman "kecantikan" biasanya membabitkan takridan suatu bahan sebagai seimbang dan harmoni dengan alam sekitar, yang boleh membawa kepada sifat tarikan dan kesejahteraan emosi. Oleh kerana kecantikan adalah subjektif, kecantikan biasanya dikatakan bergantung kepada pemandang ("beauty is in the eye of the beholder").[2] Kecantikan juga dikatakan memiliki aras objektif dan subjektif separa, yakni tidak sepenuhnya subjektif dalam suatu penilaian estetika.