Kedai_cenderamata
Kedai_cenderamata

Kedai_cenderamata

Kedai hadiah, kedai cenderamata atau kedai cenderahati adalah kedai yang menjual cenderamata berkaitan topik atau tema tertentu. Barang-barang yang dijual biasanya termasuk koleh, patung haiwan, kemeja-T, poskad, koleksi buatan tangan dan cenderahati lain. Kedai-kedai hadiah biasanya ditemui di kawasan yang dikunjungi oleh ramai pelancong. Hotel dan motel di Kanada dan Amerika Syarikat sering memaparkan kedai hadiah berhampiran pintu masuk mereka. Tempat-tempat seperti zoo, akuarium, taman negara, taman tema, dan muzium mempunyai kedai hadiah sendiri; dalam sesetengah kes, kedai-kedai ini menjual barangan yang lebih bernilai daripada kedai-kedai hadiah yang tidak dikaitkan dengan tempat. Kedai-kedai ini kadang-kadang merupakan sumber sokongan kewangan untuk institusi pendidikan.