Kediamagnetan
Kediamagnetan

Kediamagnetan

Kediamagnetan (Inggeris: diamagnetism) ialah ciri suatu objek yang menyebabkannya menghasilkan medan magnet yang berlawanan daripada medan magnet yang dikenakan dari luar. Ia adalah satu kesan mekanik kuantum yang terdapat dalam semua bahan; jika kesan ini satu-satunya penyumbang kepada kemangnetan, suatu bahan itu dipanggil diamagnet. Tidak seperti feromagnet, diamagnet bukanlah magnet kekal. Kebolehtelapan magnetiknya adalah kurang daripada μ0 (kebolehtelapan ruang bebas). Dalam kebanyakan bahan, kediamagnetan ialah satu kesan yang lemah, tetapi suatu pengalir lampau dapat menolak medan magnet ini sepenuhnya dan menjauhkan dirinya dari lapisan nipis di permukaannya.Diamagnet ditemui buat kali pertama pada 1778 apabila Sebald Justinus Brugmans mendapati bahawa bismut dan antimoni ditolak oleh medan magnet. Istilah diamagnetism diterbitkan oleh Micheal Faraday pada September 1845, apabila beliau menyedari bahawa setiap bahan memberi tindak balas (sama ada secara diamagnet atau paramagnet) pada medan magnet yang dikenakan ke atasnya.