Menu
Kehamilan_abdominal DiagnosisDiagnosis kehamilan abdominal boleh dicurigai apabila anatomi embrio boleh dirasakan dengan mudah, letakan yang tidak normal, serviks disesarkan, atau terdapat induksi persalinan yang gagal.[1] Sinar-X juga boleh digunakan untuk membantu diagnosis kehamilan abdominal. Sonografi boleh menunjukkan bahawa kehamilan embrio berada di luar rahim yang kosong, cecair amniotik (atau air ketuban) yang berkurangan antara plasenta dengan embrio, tiada dinding rahim yang mengelilingi embrio, bahagian embrio berada dekat dengan dinding perut, embrio yang mempunyai letakan yang tidak normal, plasenta kelihatan tidak norma dan terdapat cecair bebas dalam abdominal.[8][9] Pengimejan resonans magnet (MRI) juga boleh digunakan dengan baiknya untuk mendiagnosis kehamilan abdominal dan untuk perancangan pembedahan.[10][11] Tahap alfa-fetoprotein yang tinggi adalah satu lagi petunjuk kepada kehadiran kehamilan abdominal.[12]
Menu
Kehamilan_abdominal DiagnosisBerkaitan
Rujukan
WikiPedia: Kehamilan_abdominal https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19053177 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/18313451 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/18639214 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20509789 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19876640 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/11177167 https://doi.org/10.1111%2Ftog.12109 https://doi.org/10.15347%2Fwjm%2F2014.012 https://doi.org/10.1016%2Fj.ajog.2007.09.044 https://doi.org/10.1016%2Fj.ajog.2008.06.024