Biografi Keith_Foo

Keith Foo dilahirkan pada 6 Januari 1983 di Gemas, Negeri Sembilan kepada sebuah keluarga campuran Cina dan India.[3] Beliau telah memantapkan kerjayanya terlebih dahulu dalam industri filem Indonesia selama lebih daripada sedekad dan kini mengembangkan kerjaya lakonannya di Malaysia. Namanya menjadi popular secara besar-besaran dalam drama Malaysia terbarunya Ariana Rose yang memperlihatkannya berlakon sebagai orang Islam.[4] Dalam Ariana Rose, Foo memgang watak Tengku Adam Kamil. Menurutnya beliau bukan sekadar menghidupkan watak tersebut tetapi secara tidak langsung dia juga dapat belajar sikit sebanyak mengenai agama Islam.[4] Watak tersebut adalah seorang yang beragama Islam dan memerlukannya bersolat serta membaca Al-Quran dan perkara ini sekaligus menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak memandangkan Keith bukan seorang yang beragama Islam,[4] sewaktu kerjaya lakonannya tertumpu di Indonesia, dia pernah beberapa kali membawakan watak sebagai orang Islam.[4][5]

Selain daripada mengambil pelbagai jenis peranan, Keith juga menceburi bidang penerbitan. Minat Keith yang bagaimanapun tidak terhad kepada dunia kreatif. Beliau juga mempunyai coretan keusahawanan dan minat yang tinggi dalam industri makanan dan minuman (F&B), yang boleh dijana dari ketika beliau belajar dalam bidang Pengurusan Hotel. Keith sudah memiliki Mezza9 restoran dan merancang untuk berpindah ke kawasan-kawasan perniagaan makanan yang lain. Beliau juga fasih berbahasa Cina (Mandarin, Hailam dan Kantonis) Tamil, Melayu, Inggeris dan Indonesia.