Kejatuhan_Tlemcen_(1517)

MediterraneanKejatuhan Tlemcen berlaku pada tahun 1518, apabila laksamana Uthamniyyah Oruç Barbarossa menawan kota Tlemcen daripada tangan sultannya, Abu Zayan, anggota keluarga terakhir daripada keturunan Banu Zayan.[1] Tlemcen jatuh selepas penawanan kota Ténès, juga dilakukan oleh Oruç dan adik lelaki beliau, Hayreddin.[1] Sultan Tlemcen kemudian melarikan diri ke Fez di Maghribi.[1] Oruç menabalkan diri beliau sebagai raja Tlemcen.[1] Satu-satunya anggota dinasti Abu Zayan yang terselamat adalah Sheikh Buhammud, yang melarikan diri ke Oran dan meminta bantuan daripada Sepanyol.Kemenangan ini memberi Oruç kawalan ke atas kawasan di belakang pangkalan Sepanyol di Oran, yang mana mengancam laluan bekalan biasa mereka.[1] Kemenangan ini membolehkan Oruç mengawal wilayah yang agak luas, sebesar tanah jajahan Algeria Perancis.[2]Bagaimanapun, pihak Sepanyol kemudian bertindak pada tahun 1518 dengan melancarkan serangan ke atas Tlemcen, yang terletak 70 batu daripada Oran, dan berjaya mengepung dan membunuh Oruç. Mereka kemudian mengawal kawasan Tlemcen.[1]Tidak lama kemudian, raja Maghribi mengumpul jumlah tentera yang agak besar dan mara ke arah Tlemcen, serta berjaya mengusir Sepanyol.[1]Uthmaniyyah berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasai terus Tlemcen bermula pada tahun 1545.[3] Pada tahun ini, pemerintah Wattassid daripada Maghribi, Sultan Ahmad telah ditawan oleh pesaing beliau, sharif Saadians. Penganti beliau, Ali Abu Hassun, pemangku bagi anak lelaki Sultan Ahmad yang masih kecil Nasir al-Qasiri, memutuskan untuk memberi taat setia kepada Uthmaniyyah untuk mendapatkan bantuan mereka.[3]