Kejohanan_B-17_CONMEBOL

Kejohanan B-17 CONMEBOL (Bahasa Sepanyol: Campeonato Sudamericano Sub-17) juga di kenali sebagai Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan bawah 17 tahun adalah pertandingan bola sepak yang diadakan setiap dua tahun untuk pasukan Amerika Selatan di bawah-17. Kejohanan ini telah dilahirkan pada tahun 1985 untuk keperluan pertandingan bagi klasifikasi baru diwujudkan Piala Dunia B-16 FIFA (kini Piala Dunia B-17 FIFA). Bagi tiga edisi pertama (1985, 1986, dan 1988), pertandingan ini terhad kepada pasukan di bawah-16. Selepas itu, had umur dinaikkan satu tahun. Kejohanan ini diadakan setiap dua tahun.[1] Sejak edisi pertama, Brazil telah menjadi kuasa dominan kejohanan itu, dengan memenangi rekod sebelas kali.