Kejohanan_Bola_Sepak_Amerika_Selatan_1935

Edisi ke 13 Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan telah diadakan di Lima, Peru bermula dari 6 Januari hingga 27 Januari, 1935.Selepas Piala Dunia FIFA 1930 di mana pasukan Uruguay mengalahkan pasukan Argentina dengan skor 4-2 dalam perlawanan akhir tersebut, pasukan Argentina memutuskan tali persahabatan bola sepak di antara mereka dan pasukan Uruguay, dengan menyatakan bahawa mereka telah dikecam dengan teruk dalam kejohanan tersebut.Enam tahun selepas kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan yang terakhir, kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan diteruskan di mana kejohanan ini tidak menawarkan sebarang piala, sebaliknya menjadi acara untuk kelayakan ke Sukan Olimpik 1936 yang akan diadakan di Berlin, Jerman.Negara-negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini termasuklah Argentina, Chile, Peru, dan Uruguay. Manakala Brazil, Bolivia dan Paraguay menarik diri dari menyertai kejohanan ini

Kejohanan_Bola_Sepak_Amerika_Selatan_1935

Naib Juara  Argentina
Tarikh 6 Januari - 27 Januari
Jumlah perlawanan 6
Pasukan 4 (dari 1 konfederasi)
Juara  Uruguay (Kejuaraan Ke-7)
Penjaring terbanyak Herminio Masantonio (4 gol)
Tempat Ketiga  Peru
Jaringan gol 18 (3 per perlawanan)
Negara tuan rumah  Peru
Tempat Keempat  Chile
Tempat 1 (di 1 bandar)