Kejuruteraan_gempa_bumi
Kejuruteraan_gempa_bumi

Kejuruteraan_gempa_bumi

Kejuruteraan gempa bumi ialah bidang sains yang mengambil berat tentang menjamin keselamatan masyarakat, persekitaran semulajadi mahupun buatan manusia daripada gempa bumi dengan mengehadkan risiko seismik kepada tahap yang boleh diterima dari segi sosio-ekonomi.[2] Pada asalnya, ia mempunyai takrifan yang lebih sempit iaitu kajian terhadap perilaku struktur dan geo-struktur yang berkaitan dengan pemuatan seismik (seismic loading), lantas dianggap sebagai sebahagian daripada kejuruteraan struktur dan geoteknikal. Pun begitu, besarnya kos akibat gempa-gempa bumi terbaru telah membawa kepada perkembangan skopnya supaya melingkungi disiplin-disiplin daripada bidang kejuruteraan awam serta daripada kejuruteraan sosial, khususnya sosiologi, sains politik, ekonomi dan kewangan.Objektif utama kejuruteraan gempa bumi ialah: