Asal-usul Kekeliruan_perang

Perkataan "fog" (kekeliruan) yang merujuk pada ketidakpastian dalam perang telah diperkenalkan oleh penganalisis tentera berketurunan Prusia Jeneral Carl von Clausewitz didalam buku yang diterbitkan selepas kematiannya, Vom Kriege (1832), yang muncul dalam terjemahan Inggeris pada tahun 1873 dibawah tajuk On War:

War is the realm of uncertainty; three quarters of the factors on which action in war is based are wrapped in a fog of greater or lesser uncertainty. A sensitive and discriminating judgment is called for; a skilled intelligence to scent out the truth.
—Carl von Clausewitz[2]

Ia menegaskan bahawa von Clausewitz tidak merujuk kepada "fog of war" yang sebenar, menggunakan pelbagai metafora yang serupa seperti "twilight" (samar-samar) dan "moonlight" (sinar bulan) untuk menggambarkan kurangnya kejelasan.[3] Hanya pada tahun 1896 barulah "fog of war" sebenar digunakan dalam teks, digambarkan sebagai "bentuk kejahilan dimana para komander sering mendapati diri mereka mementingkan kekuatan dan posisi sebenar, bukan hanya musuh mereka, tetapi juga kawan mereka."[4]