Kekhalifahan_Cordoba
Kekhalifahan_Cordoba

Kekhalifahan_Cordoba

Pemerintahan Khalifah Cordoba memerintah Semenanjung Iberia dan Afrika Utara dari bandar Cordoba bermula dari tahun 929 M hingga tahun 1031 M. Tempoh ini diwarnai dengan kejayaan ketara dalam bidang perdagangan dan kebudayaan; banyak karya agung Islam Sepanyol dibina dalam tempoh ini, antaranya Masjid Jami Cordoba. Abdul Rahman III mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah pada 16 Januari 929; sebelum ini beliau dikenali sebagai Amir Cordoba (penguasa bandar Cordoba). Kesemua khalifah Cordoba merupakan ahli keluarga Bani Umaiyah. Bani Umaiyah (juga dieja Umayyah, Ummaiyyah atau Umaiyyah) memegang gelaran Amir Cordoba dan memerintah wilayah tersebut sejak tahun 756 M. Khilafah Cordoba mengalami kemerosotan semasa pemerintahan Khalifah Hisham II dan pengganti kepada Perdana Menterinya, al-Mansur ibn Abi al-Aamir. Khilafah Cordoba berakhir pada tahun 1031 M dan telah menjadi beberapa buah kerajaan taifa yang berasingan.

Kekhalifahan_Cordoba

Ibu kota Córdoba
Pemerintahan Monarki
• Abd-ar-Rahman III mengistiharkan Khalifah Córdoba[1]Abd-ar-Rahman III mengistiharkan Khalifah Córdoba[2] 929
anggr. 1000. 600,000 km2 (230,000 bt2)
Khalifah Córdoba  
Bahasa lazim bahasa Arab, Berber, Mozarabic
• Berpecah kepada beberapa kerajaan beraja taifa merdeka Berpecah kepada beberapa kerajaan beraja taifa merdeka
Hari ini sebahagian daripada  Andorra
 Gibraltar (UK)
 Morocco
 Portugal
 Spain
Sejarah  
• 929 – 961 Abd-ar-Rahman III