Rangkaian Kelab_PAS_Luar_Negara

Terdapat beberapa buah kelab PAS luar negara yang ditubuhkan di negara-negara lain.

Kelab PAS United Kingdom

Kelab PAS United Kingdom dirasmikan penubuhannya pada 24 Disember 2010 di Manchester Conference Centre (MCC), Manchester, United Kingdom oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dengan nama PAS Representative Council United Kingdom & Ireland (PRC UK-Eire). Majlis ini dianggotai oleh beberapa individu rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di United Kingdom & Ireland. Keanggotaan awal adalah seramai 100 orang rakyat Malaysia[2].

Kelab PAS Ireland

Kelab PAS Ireland dirasmikan penubuhannya pada 24 Disember 2010 di Manchester Conference Centre (MCC), Manchester, United Kingdom oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dengan nama PAS Representative Council United Kingdom & Ireland (PRC UK-Eire). Majlis ini dianggotai oleh beberapa individu rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di United Kingdom & Ireland. Keanggotaan awal adalah seramai 100 orang rakyat Malaysia[2]. Kelab PAS Ireland pernah menjadi mewakili Kelab PAS Luar Negara sebagai perwakilan[3] dalam beberapa siri Muktamar Tahunan PAS Pusat.

Majlis Perwakilan PAS Australia Barat

Majlis Perwakilan PAS Australia Barat dirasmikan penubuhannya pada Januari 2012 oleh Tuan Haji Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS dengan nama PAS Representative Council Western Australia. Majlis ini dianggotai oleh beberapa individu rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Australia, khususnya Perth.