Kelab_Sukan_Al-Sadd


Kelab Sukan Al-Sadd (Bahasa Arab: نادي السد الرياضي‎) adalah sebuah kelab sukan Qatar berpengkalan di daerah Al-Sadd, yang merupakan sebahagian daripada bandar raya Doha. Ia paling diingati kerana pasukan bola sepaknya, yang bertanding di aras tertinggi bola sepak Qatar, Liga Bintang Qatar. Kelab ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai "Al-Zaeem", iaitu diterjemahkan sebagai "The Boss". Kelab ini juga melibatkan dirinya di dalam pasukan bola baling, bola keranjang, bola tampar, ping pong dan olahraga.[1] Tidak syak lagi ia merupakan pasukan yang paling berjaya di negara tersebut, merentasi segala jenis sukan.