Kelas_sosial

Kelas sosial atau golongan sosial merujuk kepada perbezaan hierarki (atau stratifikasi) antara seseorang atau kelompok manusia dalam masyarakat atau budaya. Biasanya kebanyakan masyarakat memiliki golongan sosial[1], namun tidak semua masyarakat memiliki jenis-jenis kategori golongan sosial yang sama. Berdasarkan perwatakan stratifikasi sosial, dapat kita menemui beberapa pembahagian kelas atau golongan dalam masyarakat. Beberapa masyarakat tradisional pemburu-pengumpul, tidak memiliki golongan sosial dan seringkali tidak memiliki pemimpin tetap pula. Oleh kerana itu masyarakt seperti ini menghindari stratifikasi sosial.[2] Dalam masyarakat seperti ini, semua orang biasanya mengerjakan sesuatu aktiviti yang sama dan tidak ada pembahagian pekerjaan.