Format Kelayakan_Piala_Asia_AFC_2019

Cadangan untuk menggabungkan pusingan kelayakan awal untuk kelayakan Piala Dunia FIFA bersama Piala Asia telah disahkan oleh Jawatankuasa Pertandingan AFC.[1]

Struktur kelayakan adalah seperti berikut:[1]

  • Pusingan pertama: Sebanyak 12 pasukan (pasukan di kedudukan 35-46) akan bermain tempat sendiri-dan-tempat lawan (timbal balas). Enam pemenang akan mara ke pusingan kedua.
  • Pusingan kedua: Sebanyak 40 pasukan (pasukan di kedudukan 1-34 dan enam pemenang pusingan pertama) akan dibahagikan kepada lapan kumpulan lima pasukan bermain perlawanan-kumpulan tempat sendiri-dan-tempat lawan. Lapan juara kumpulan dan empat kumpulan naib juara terbaik akan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia FIFA dan juga layak ke pusingan akhir Piala Asia.
  • Kalah-mati: Pada mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan pada November 2014, ia telah memutuskan bahawa pusingan Kalah-mati kelayakan akan diperkenalkan ke dalam prosedur kelayakan.[2] Menurut kalendar yang diterbitkan oleh AFC, akan ada dua perlawanan pusingan tempat sendiri-dan-tempat lawan (timbal balas) untuk pasukan di kedudukan 29-40 pada pusingan kedua.[3]
  • Pusingan ketiga: Pasukan yang terbaik seterusnya adalah dari 24 pasukan yang disingkirkan daripada kelayakan Piala Dunia pada pusingan kedua akan dibahagikan kepada enam kumpulan empat pasukan bermain perlawanan tempat sendiri-dan-tempat lawan (timbal balas), dan bersaing untuk baki slot Piala Asia 2019.

Rujukan

WikiPedia: Kelayakan_Piala_Asia_AFC_2019 http://www.afcasiancup.com/ http://resources.fifa.com/mm/document/tournament/c... http://resources.fifa.com/mm/document/tournament/c... http://www.fifa.com/fifa-world-ranking/ranking-tab... http://www.fifa.com/governance/news/y=2015/m=10/ne... http://www.fifa.com/worldcup/groups/preliminaries/... http://www.fifa.com/worldcup/matches/round=275171/... http://www.fifa.com/worldcup/news/y=2015/m=11/news... http://www.fifa.com/worldcup/news/y=2015/m=4/news=... http://www.fifa.com/worldcup/news/y=2015/m=5/news=...