Format Kelayakan_Piala_Dunia_FIFA_2022

Format pertandingan kelayakan bergantung kepada setiap persekutuan (lihat di bawah). Setiap pusingan mungkin dimainkan dalam salah satu daripada format berikut:[9]

  • Format Liga, di mana lebih daripada dua pasukan membentuk kumpulan untuk bermain perlawanan secara timbal balik di tempat sendiri dan tempat lawan, atau pengecualian yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Penganjur FIFA, perlawanan timbal balik tunggal yang dihoskan oleh salah satu pasukan yang mengambil bahagian atau wilayah neutral.
  • Format kalah mati, di mana dua pasukan bermain perlawanan secara timbal balik di tempat sendiri dan tempat lawan.

Pemecah Seri

Dalam format liga, kedudukan pasukan dalam setiap kumpulan adalah berdasarkan kriteria berikut (peraturan Artikel 20.4 dan 20.6):[9]

  1. Mata (3 mata untuk kemenangan, 1 mata untuk seri, 0 mata untuk kalah)
  2. Perbezaan gol keseluruhan
  3. Jaringan gol keseluruhan
  4. Mata dalam perlawanan antara pasukan terikat
  5. Perbezaan gol di antara pasukan terikat
  6. Jaringan gol dalam perlawanan antara pasukan terikat
  7. Jaringan gol tempat lawan dalam perlawanan antara pasukan terikat (jika perlawanan hanya di antara dua pasukan dalam format timbal balik)
  8. Mata Permainan Bersih
    • kad kuning pertama: tolak 1 mata
    • kad merah tidak langsung (kad kuning kedua): tolak 3 mata
    • kad merah langsung: tolak 4 mata
    • kad kuning dan kad merah langsung: tolak 5 mata
  9. Undian Terbanyak oleh Jawatankuasa Penganjur FIFA

Dalam kes-kes di mana pasukan tamat di kedudukan yang sama di seluruh kumpulan yang berbeza dibandingkan untuk menentukan pasukan mana yang layak ke peringkat seterusnya, kriteria adalah bergantung kepada format pertandingan dan memerlukan kelulusan FIFA (peraturan-peraturan Artikel 20.8).[9]

Dalam format kalah mati, pasukan yang mempunyai jaringan gol agregat yang lebih tinggi pada perlawanan pertama dan kedua akan ke pusingan seterusnya. Sekiranya jaringan gol agregat masih sama, peraturan gol tempat lawan dikenakan, i.e. pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol tempat lawan dari tempat sendiri ke atas perlawanan pertama dan kedua. Jika gol tempat lawan juga sama, maka tiga puluh minit masa tambahan dimainkan, dibahagikan kepada dua bahagian lima belas minit. Peraturan gol tempat lawan sekali lagi digunakan selepas masa tambahan, iaitu jika terdapat gol yang dicetak dalam masa tambahan dan jaringan gol agregat masih sama, pasukan pelawat layak melalui jaringan gol tempat lawan. Sekiranya tiada gol yang dijaringkan dalam masa tambahan, perlawanan ditentukan oleh sepakan penalti (peraturan Artikel 20.10).[9]

Rujukan

WikiPedia: Kelayakan_Piala_Dunia_FIFA_2022 http://www.insidethegames.biz/articles/1053493/hos... http://www.conmebol.com/es/clasificatorio-sudameri... http://www.the-afc.com/asiancup/news/groups-finali... http://www.the-afc.com/competitions/fifa-world-cup... http://english.ahram.org.eg/NewsContent/6/54/33777... http://www.independent.com.mt/articles/2019-03-04/... https://www.insidethegames.biz/articles/1053493/ho... https://www.cbssports.com/soccer/world-cup/news/20... https://www.concacaf.com/en/world-cup-qualifying-m... https://www.dawn.com/news/1471045/pakistan-to-lear...