Kelayakan_UEFA_Euro_2020_Kumpulan_A

Kelayakan UEFA Euro 2020 Kumpulan A adalah salah satu daripada sepuluh kumpulan untuk menentukan pasukan mana yang layak ke kejohanan akhir UEFA Euro 2020.[1] Kumpulan A terdiri daripada lima pasukan: Bulgaria, Republik Czech, England, Kosovo dan Montenegro,[2] di mana mereka bermain menentang satu sama lain di tempat sendiri dan tempat lawan dalam kejohanan perlawanan kumpulan.[3]Dua pasukan teratas akan layak secara langsung ke pusingan akhir. Tidak seperti edisi terdahulu, para peserta play-off tidak akan diputuskan berdasarkan keputusan dari peringkat kumpulan kelayakan, tetapi berdasarkan prestasi mereka di Liga Negara-Negara UEFA 2018–19.Pada 14 Oktober 2019, semasa perlawanan Bulgaria di England, terdapat perilaku perkauman dari sekumpulan peminat Bulgaria. Ini termasuk memberi hormat Nazi, nyanyian monyet dan tingkahlaku perkauman. Tingkah laku ini dikutuk secara meluas oleh orang ramai dan pelbagai kumpulan, termasuk kempen bola sepak anti-perkauman Kick It Out. Keesokan harinya, Perdana Menteri Bulgaria Boyko Borisov meminta presiden BFU Borislav Mikhailov meletak jawatan berikutan insiden perkauman itu. Mikhailov meletak jawatan beberapa jam kemudian.[4]

Rujukan

WikiPedia: Kelayakan_UEFA_Euro_2020_Kumpulan_A https://edition.cnn.com/2019/10/15/football/englan... https://int.soccerway.com/international/europe/eur... https://www.uefa.com/MultimediaFiles/Download/Regu... https://www.uefa.com/MultimediaFiles/Download/comp... https://www.uefa.com/MultimediaFiles/Download/uefa... https://www.uefa.com/european-qualifiers/ https://www.uefa.com/european-qualifiers/season=20... https://www.uefa.com/european-qualifiers/season=20... https://www.uefa.com/european-qualifiers/season=20... https://www.uefa.com/european-qualifiers/season=20...