Kelayuan
Kelayuan

Kelayuan

Kelayuan adalah kehilangan ketegaran pada bahagian tak berkayu tumbuhan. Kejadian ini berlaku apabila tekanan turgor dalam sel tumbuhan tak berlignin jatuh menghampiri sifar akibat air yang berkurangan di dalam sel, disebabkan oleh kadar kehilangan air yang melebihi kadar penyerapan air di dalam tumbuhan. Proses kelayuan mengubah suai taburan sudut daun (leaf angle distribution, LAD) tumbuhan (atau kanopi) menjadi lebih erektofil (keadaan daun tergantung secara menegak).Ketersediaan air yang lebih rendah mungkin disebabkan oleh: Kelayuan merendahkan kebolehan tumbuhan untuk mentranspirasi dan tumbuh. Kelayuan kekal boleh membawa kepada kematian tumbuhan. Gejala kelayuan dan hawar menyerupai sesama sendiri.Dalam tumbuhan berkayu, ketersediaan air yang kurang mampu menyebabkan peronggaan xilem.Kelayuan terjadi dalam tumbuhan seperti Balsam dan ruku-ruku (tulasi). Kelayuan adalah salah satu kesan daripada hormon perencat tumbesaran tumbuhan iaitu asid absisik. Dalam Cucurbits (labu), kelayuan mungkin disebabkan pengorek jalaran labu ([[en:squash vine borer]]).[1]