Kelempayan

Pokok Kelempayan merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Anthocephalu chinensis (Lam.) Rich. [1]Pokok Kelempayan ini mempunyai batang monopodial iaitu berbatang tunggal terus ke daun. Pokok ini kebiasaanya terdapat di kawasan berair. Daunnya besar serta mempunyai petiol yang panjang. Kulit pokok ini adalah licin dan mengelupas. Isi dalam batang pokok ini adalah lembut dan mudah reput apabila jatuh ke lantai hutan.