Plot Keluang_Man

Seorang pemuda bernama Borhan yang tinggal di Hospital Bahagia Tumpoi sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya, Tiong Man sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yang diketuai Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian. Khaty Ismail, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tampoi sering cuba menjejaki identiti mereka berdua. Kadangkala, gelagatnya seolah-olah sudah jatuh cinta dengan kelincahan mereka.