Sinopsis Keluarga_Baha_Don

Musim 1 (2019)

Mengisahkan tentang Jo Don (Remy Ishak), seorang chef yang bercita-cita untuk mengejar kemahiran memasaknya di Eropah. Jo Don mengalami dilema setelah kematian bapanya, Baha Don (Othman Hafsham) yang telah meninggalkan wasiat yang meminta Jo untuk mewarisi perniagaan keluarga. Tanpa dia sedari, ayahnya menggunakan perniagaan makanannya sebagai perantara untuk urusan haram dalam industri makanan.

Drama ini turut diselitkan dengan kisah percintaan di antara Jo dan Kesuma (Jihan Muse), namun ibunya, Mama Don (Susan) mahukan dia berkahwin dengan anak kenalannya, Suzi Faye (Melissa Campbell). Adakah Jo mengambil alih perniagaan bapanya atau teruskan impiannya untuk bergelar chef seperti yang dicita-citakannya selama ini?.

Musim 2 (2020)

Berkisarkan tentang sebuah keluarga unik dan pelik yang mempunyai perniagaan kulinari dan jenayah terancang. Musim kedua siri ini bakal mengikuti kisah mereka yang tergantung dalam episod akhir musim pertama, dimana Jo menyedari bahawa ayahnya, Baha Don, mungkin masih hidup. 

Jo Don dan Mat Don berjaya melepaskan diri dari penculik mereka, tetapi pada masa itu juga, munculnya seorang pesaing misteri yang mula menggiatkan rancangannya untuk menjatuhkan keluaraga Baha Don. Mampukah Jo melepaskan diri lantas mengubah sikapnya yang begitu jujur dan tulus demi mejadi seorang gengster yang mampu menghapuskan ancaman baru ini?.

Musim 3 (2021)

Jo Don terpaksa menghadapi cabaran terbesarnya apabila musuhnya Bobby Bachan cuba musnahkan keluarga Baha Don. Orang yang dicintai meninggal dunia dan ‘Migellin Stars’ ditarik balik, sementara tekanan dari dalam keluarga juga menaik. Adakah Mat Don akhirnya berpeluang untuk mengambil alih pemerintahan? Adakah Ucu Don akan mengambil perniagaan teh haramnya selangkah lebih jauh? Dan adakah Kesuma mencintai Mat sebenarnya atau adakah dia mempunyai agenda yang lain?.

Rujukan

WikiPedia: Keluarga_Baha_Don http://www.imdb.com/title/tt10738570/ https://www.budiey.com/drama-bersiri-keluarga-baha... https://www.femagonline.com/2021/07/keluarga-baha-... https://www.projekmm.com/news/berita/2019/12/08/dr... https://www.viu.com/ott/my/en/all/playlist-keluarg... https://malaysia.news.yahoo.com/keluarga-baha-don-... https://www.hmetro.com.my/rap/2019/07/472845/lakon... https://www.hmetro.com.my/rap/2021/07/736845/ivana... https://www.hmetro.com.my/rap/2021/08/738758/ancam... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/08...