Inisiatif Keluarga_Malaysia

Skuad Keluarga Malaysia

Skuad Keluarga Malaysia telah ditubuhkan bagi menyelaras semua mekanisme penyampaian bantuan, untuk rakyat yang memerlukan di seluruh negara. Diterajui oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, skuad ini merupakan kolaborasi pelbagai agensi di bawah kementerian berbeza, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (atau NGO).[14]

Yayasan Keluarga Malaysia

Yayasan Keluarga Malaysia dilancarkan pada 23 Oktober 2021 dengan malamat untuk membantu anak-anak Keluarga Malaysia yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Melalui yayasan INI, anak-anak Keluarga Malaysia berpeluang memperoleh sokongan terutama dari aspek pendidikan sehingga mereka mencapai usia 18 tahun.[15]

Pas Keluarga Malaysia

Pas Keluarga Malaysia dilancarkan pada 22 November 2021 bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam dan dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana). Pas inimembolehkan empat individu dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan harga RM15 sahaja. Menurut Ismail Sabri, "ini bertujuan menggalakkan keluarga Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang sambil mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor".[16]

Jualan Keluarga Malaysia

Program Jualan Keluarga Malaysia dilancarkan pada 2 Disember 2021 dengan strategi serampang dua mata iaitu membasmi peranan orang tengah dan menawarkan barangan pada harga subsidi demi manfaat rakyat. Ia dilaksanakan di lokasi terpilih dan kekerapannya akan ditambah mengikut kesesuaian dari semasa ke semasa, berbanding perancangan asal dua kali sebulan.[17]

Rujukan

WikiPedia: Keluarga_Malaysia http://www.keluargamalaysia.gov.my https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12... https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/745635/... https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/745692/... https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/748458/... https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/769638/...