Menu
Kemalangan_Tentera_Udara_Algeria_Lockheed_C-130_Hercules_2014 KemalanganPusat kawalan trafik udara gagal mengesan pesawat daripada radar dan perhubungan radio dengan pesawat C-130 Hercules buatan Amerika Syarikat pada tengah hari sebelum heiekopter dikerah menjalankan operasi mencari. Pesawat berkenaan akhirnya ditemui terhempas di Gunung Fortas berdekatan pekan Ain Kercha, 50 kilometer di barat daya Constantine, bandar utama di sebalah timur Algeria.
Ketika nahas, pesawat dalam pernerbangan ke Constantine dari Tamanrasset yang kini dalam operasi ketenteraan besar-besaran berikutan keadaan tidak stabil di sempadan selatan negara itu. Pesawat berkenaan membawa 74 penumpang dan empat anak papal, kata tentera Algeria dalam satu kenyataan. Nahas dipercayai berlaku akibat cuaca buruk.
Satu-satunya penumpang yang terselamat setakat ini ialah seorang anggota tentera yang hanya mengalami kecederaan di kepala dan kini dirawat di hospital tentera. Sementara itu, Agensi Pertahanan Awam Algeria berkata, pesawat berkenaan patah tiga dengan wanita dan kanak-kanak antara yang maut. Menjadi satu kebiasaan pesawat pengangkut tentera Algeris digunakan bukan saja untuk membawa anggota tentera, malah anggota keluarga mereka, termasuk orang awam. Komander tentera Farid Nechad, yang mengetuai pasukan penyelamat berkata, setakat ini 55 mayat sudah ditemui di tempat nahas namun cuaca sejuk dan terdapat salji menyukarkan operasi.[2]
Menu
Kemalangan_Tentera_Udara_Algeria_Lockheed_C-130_Hercules_2014 KemalanganBerkaitan
Kemalangan kapal selam Titan 2023 Kemalangan helikopter Lumut 2024 Kemalangan pesawat Elmina Kemalangan basikal lajak Johor Bahru Kemalangan bot Pulau Mengalum 2017 Kemalangan nuklear Fukushima I Kemalangan helikopter Brovary 2023 Kemal Kılıçdaroğlu Kemalangan Kemalangan Tu-154 Tentera Udara Poland 2010Rujukan
WikiPedia: Kemalangan_Tentera_Udara_Algeria_Lockheed_C-130_Hercules_2014 http://www.nytimes.com/2014/02/12/world/africa/alg... http://mynewshub.my/2014/02/12/77-maut-pesawat-ten... http://mynewshub.my/2014/02/13/kotak-hitam-nahas-p...