Kemalangan_bas_di_Nigeria_2010

Kemalangan bas di Nigeria 2010 berlaku di Port Harcourt, negeri Rivers, selatan Nigeria akibat kejutan elektrik. Kejadian pada 13 Februari 2010 jam 8.00 pagi waktu tempatan (UTC+1) itu berlaku apabila kabel elektrik yang merentangi jalan raya terputus dan menimpa dua buah bas yang sedang bergerak.[1] Kabel 33kV itu menyebabkan letupan dan kilat memancar-mancar dari tempat kejadian. Ia jatuh ke jalan raya akibat angin ribut dan hujan lebat di Trans Madi.[2] Kedua-dua bas itu model Nissan Urvan.Kematian berjumlah 20 orang, 11 dimasukkan ke Braithwaite Memorial Hospital. 11 orang mati di hospital. Tubuh badan mangsa hitam terbakar.[3] Bas itu membawa 40 penumpang.Polis sedang menyiasat punca kejadian. Power Holding Company diminta memberi penjelasan bagaimana kabel elektrik boleh putus semasa ribut.[1]