Koordinat:
41°43′32″N 49°56′49″W / 41.72556°N 49.94694°W / 41.72556; -49.94694Pada 18 Jun 2023, Titan, sebuah
kapal selam yang dikendalikan oleh
OceanGate,
meleduk dahsyat semasa ia turun ke dasar
Lautan Atlantik Utara, kira-kira 400 batu nautika (740 km) dari pantai
Newfoundland,
Kanada. Kapal selam itu yang membawa lima individu terlibat dalam ekspedisi pelancong untuk meneroka bangkai kapal
Titanic. Komunikasi dengan Titan terputus kira-kira 1 jam 45 minit selepas ia turun menuju ke dasar lautan di mana terletaknya Titanic. Pihak berkuasa telah dimaklumkan apabila kapal selam tersebut tidak kembali ke permukaan lautan pada masa yang dijangkakan pada hari itu.Berikutan pencarian menyeluruh selama hampir 80 jam, sebuah kenderaan bawah air (ROV) kendalian jauh yang dikerahkan dari kapal Horizon Arctic milik Kanada
[1] menemui medan serpihan yang mengandungi serpihan Titan. Serpihan itu ditemui kira-kira 500 meter (1,600 kaki) dari
haluan Titanic. Kawasan pencarian ditentukan berdasarkan penjejakan
sonar Tentera Laut Amerika Syarikat, yang telah mengenal pasti isyarat akustik yang menunjukkan ledukan sekitar masa komunikasi dengan kapal selam itu hilang. Hal ini membuktikan bahawa Titan telah meleduk semasa ia sedang turun ke dasar lautan yang mengorbankan kesemua penumpangnya serta-merta.Pasukan antarabangsa, diketuai oleh
Pengawal Pantai Amerika Syarikat, Tentera Laut Amerika Syarikat dan Pengawal Pantai Kanada, menjalankan misi mencari dan menyelamat.
[2] Operasi itu menerima bantuan daripada pesawat milik
Tentera Udara Diraja Kanada dan
Pengawal Kebangsaan Udara Amerika Syarikat, sebuah kapal dari
Tentera Laut Diraja Kanada, dan pelbagai kapal komersial dan penyelidikan, bersama-sama dengan ROV.
[3][4]Ramai pakar industri telah meluahkan rasa bimbang berhubung keselamatan kapal selam Titan. Walau bagaimanapun, eksekutif OceanGate memutuskan untuk tidak meneruskan pensijilan untuk kapal selam itu. Mereka percaya bahawa protokol keselamatan yang ketat boleh menyekat inovasi dan memilih untuk mengutamakan kemajuan teknologi daripada mendapatkan pensijilan rasmi.
[5]