Siasatan Kemalangan_keretapi_Sainthia_2010

Pegawai polis tidak mengesyakki angkara pengganas tetapi hairan bagaimana dua kereta api berada pada landasan yang sama.[2] Pemandu dalam kelajuan tinggi gagal berhenti pada lampu merah. Tidak ada kecuaian pada sistem brek kereta api. Pemandu dan pembantunya terbunuh di tempat kejadian. Operator signal , Mator Let telah cuba berhubung dengan pemandu gagal berhenti. Kebanyakan kemalangan kereta api di India berpunca daripada kegagalan sistem signal dan sistem komunikasi. Mereka menyalahkan pengurusan yang lemah dan kecuaian manusia.

Vivek Sahay selaku pengerusi Lembaga Kereta api India menyatakan bahawa kemungkinan kecuaian manusia antara punca kemalangan itu. Kereta api penumpang tidak sepatutnya terlalu laju (90 kilometer sejam) dan gagal berhenti apabila lampu merah menyala.

Mamata Banerjee selaku Menteri Kereta api tertekan ekoran kemalangan kereta api ini. Beliau berhadapan undian pada Mei 2011 di negeri Bengal Barat untuk menamatkan pemerintahan Marxist.