Kemalangan_lombong_Copiapó_2010
Kemalangan_lombong_Copiapó_2010

Kemalangan_lombong_Copiapó_2010

Pada 5 Ogos 2010, satu kejadian kemalangan lombong berlaku di Copiapó apabila lombong tembaga dan emas San José dekat Copiapó, Chile, runtuh sehingga menyebabkan 33 orang pekerja terkandas di bawah tanah.[1][2]Para pelombong yang keruntuhan itu bertahan di bawah tanah selama 69 hari.[3] Kesemuanya 33 orang diselamatkan dan dibawa ke atas permukaan pada 13 Oktober 2010, iaitu orang pertama keluar pada jam 00:10 CLDT 13 Oktober 2010, hingga yang terakhir pada jam 21:55 CLDT.Lombong San José Mine terletak 45 kilometer (28 mi) di utara Copiapó, di Chile utara. Para pelombong keruntuhan kira-kira 700 meter (2,300 ka) dari permukaan tanah dan berada pada jarak 5 kilometer (3 mi) dari pintu masuk, termasuk celah-celah syaf pintu masuk. Lombong ini digeruni kerana sejarah kegoyahannya yang pernah mengakibatkan kemalangan, termasuk seorang yang maut.[4]Pengambilan pelombong pertama, Florencio Ávalos, bermula pada hari Selasa, 12 Oktober 2010 pada jam 23:55 CLDT, dengan menggukana kapsul penyelamat Fénix yang mencapai permukaan 16 minit kemudian.[5][6] Pada 21:55 CLDT 13 Oktober 2010, kesemua 33 pelombong berjaya diselamatkan dalam keadaan sihat, kecuali seorang yang menghidap pneumonia, dan lain-lain yang mengalami jangkitan gigi dan masalah kornea.[7]

Kemalangan_lombong_Copiapó_2010

Time 14:05 CLT (UTC -3)
Date 5 Ogos 2010 (2010-08-05) – 13 Oktober 2010 (2010-10-13) (69 days)
Location Copiapó, Chile

Rujukan

WikiPedia: Kemalangan_lombong_Copiapó_2010 http://www.radiobiobio.cl/2010/08/06/se-confirman-... http://news.blogs.cnn.com/2010/10/13/workers-begin... http://www.flickr.com/photos/rescatemineros http://www.latercera.com/noticia/nacional/2010/08/... http://www.alertnet.org/thenews/newsdesk/N08212025... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=K... http://www.bbc.co.uk/news/world-latin-america-1148... http://www.guardian.co.uk/world/2010/aug/23/miners... http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/southame...