Kemat_Hassan
Kemat_Hassan

Kemat_Hassan

Kemat Hassan (15 Mei 1929 - 1 September 2004) merupakan salah seorang pelakon filem Melayu kelahiran Singapura dan sering berlakon dalam filem-filem Melayu klasik pada sekitar tahun 1950-an dan 1960-an dahulu, sebahagian besarnya bersama Malay Film Productions Ltd.Beliau juga merupakan salah seorang pelakon handalan ketika zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas. Beliau sangat dikenali melalui wataknya sebagai Manager Kemat Hassan di dalam filem Seniman Bujang Lapok. Pada tahun 1962, beliau turut menjadi pembantu pengarah bagi filem Gerhana. Apabila Studio Jalan Ampas ditutup, beliau bekerja sebagai seorang pemandu. Pada tahun 1989,beliau bersama-sama beberapa bekas seniman Studio Jalan Ampas diambil untuk berlakon di dalam filem Kolej 56 dan pada ketika itu, beliau berumur 60 tahun. Pernah menjadi penulis lirik untuk lagu Suka Sama Suka lagu nyanyian Rafeah Buang dan Omar Suwita.

Kemat_Hassan

Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1956–1968
Terkenal kerana Perdana Menteri Negeri Beringin Rendang
Meninggal dunia 1 September 2004(2004-09-01) (umur 75)
Singapura
Sebab kematian Sakit tua
Kelahiran (1929-05-15)15 Mei 1929
Negeri-negeri Selat (kini Singapura)