Penamaan Kembili

Nama kembili (juga diberikan dalam bahasa-bahasa Aceh dan Minangkabau) serumpun dengan pelbagai nama setempat yang diberikan serata Nusantara:

Nama ubi keling digunakan dalam dialek tuturan masyarakat Kelantan, Semenanjung Malaysia.

Tumbuhan ini juga pernah diberi nama umum kentang serapan kata bahasa Jawa kenthang (Hanacaraka: ꦏꦼꦤ꧀ꦛꦁ) bermaksud sebarang umbi;[8] hasil tanamannya sering dibezakan dengan nama kentang jawa dari kentang walanda yakni tanaman Solanum tuberosum dalam catatan pertanian dilakukan pegawai Hindia Belanda di Jawa sepanjang separuh awal abad ke-19.[9]