Sejarah Kementerian_Kemajuan_Luar_Bandar_dan_Wilayah_Malaysia

Pembangunan luar bandar merupakan agenda politik Kerajaan untuk menangani kemiskinan dan kemunduran luar bandar dengan slogan membandarkan kawasan luar bandar.

TarikhPeristiwa
17 Nov 1959Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB) ditubuhkan
1960RIDA diserapkan ke KPNLB untuk memaju dan menggalakan perusahaan dan pemasaran keluaran luar bandar, KEMAS ditubuhkan
24 Dis 1960KPNLB mewujudkan Jawatankuasa Khas untuk Mengkaji Semula Struktur Organisasi dan Peranan FELDA
4 Sept 1961Bilik Gerakan Kemajuan Kebangsaan KPNLB dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama yang bertujuan menyelaras perlaksanaan, maklumbalas dan perlaksanaan projek.
1961Pejabat Kemajuan Negeri (SDO) diwujudkan dan diletakkan di bawah tanggungjawab KPNLB untuk memperhebatkan pembangunan luar bandar
Dis 1976KPNLB dimansuhkan dan agensi diserapkan ke kementerian Lain
18 Julai 1981YAB Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan semula KPNLB
Okt 1990KPNLB ditukar nama kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Perpindahan masuk agensi Lembaga Kemajuan Wilayah (KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA dan LKWJ) dan Lembaga Kemajuan Tanah (RISDA dan FELCRA) di bawah KPLB
1993Perpindahan keluar FELDA dan JHEOA daripada KPLB
1994Pelancaran Falsafah & Strategi Luar Bandar (FSBPLB) ke arah 2020 sebagai landasan pembangunan luar bandar.
8 Mei 1995Portfolio pembasmi kemiskinan dipindahkan dari UPP,JPM ke KPLB
31 Jan 2001JHEOA diletakkan di bawah tanggungjawab KPLB
27 Mac 2004- KPLB dinamakan sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan kemasukkan tiga agensi, iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Lembaga kemajuan Bintulu dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA)
- Program pembasmi kemiskinan bandar dipindahkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
15 Ogos 2005Perpindahan keluar PERDA ke Jabatan Perdana Menteri