Kempen_Bebaskan_Anwar_901

Kempen Bebaskan Anwar 901 dilancarkan pada akhir Disember 2011, untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Januari 2012 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta. Perhimpunan itu sempena hari Mahkamah Tinggi mengumumkan keputusan berhubung kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersabit dakwaan Saiful Bukhari Azlan menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008.Polis membenarkan perhimpunan tersebut dilaksanakan, dengan mengenakan 10 syarat ke atas penganjur. Kebenaran itu berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Parlimen bulan lalu.[1]Akhirnya mahkamah mendapati Anwar Ibrahim tidak bersalah, dan bersetuju melepas dan membebaskan beliau. Ini dibuat atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.[2]