Kenderaan_elektrik_hibrid
Kenderaan_elektrik_hibrid

Kenderaan_elektrik_hibrid

Kenderaan elektrik hibrid adalah sejenis kenderaan hibrid yang menggabungkan enjin pembakaran dalaman sistem rejangan dengan sistem rejangan elektrik. Kehadiran sistem kuasa alektrik bertujuan untuk mencapai samada ekonomi bahan api yang lebih baik berbanding dengan kenderaan konvensional atau prestasi yang lebih baik. Ada pelbagai jenis HEV, dan tahap mereka berfungsi sebagai kenderaan elektrik juga berbeza. Bentuk HEV yang paling lazim ialah kereta elektrik hybrid, walaupun trak elektrik hybrid (pikap dan traktor) dan bas juga wujud.HEV moden mengguna pakai teknologi peningkatan kecekapan (efficiency-improving) seperti pembrekkan janaan semula (regenerative braking), yang mengubah tenaga kinetik kenderaan kepada tenaga elektrik untuk mengecas, berbanding membazirkan ia sebagai tenaga haba sebagaimana brek konvensional. Sesetengah jenis HEV menggunakan enjin pembakaran dalaman mereka untuk menjana tenaga elektrik dengan memutarkan generator elektrikal (gabungan ini dikenali sebagai generator-motor), samada mengecas bateri mereka atau memberikan kuasa secara terus kepada motor pemanduan elektrik. Banyak HEV telah mengurangkan pelepasan melahu (idle emission) dengan mematikan ICE pada tempoh melahu dan menghidupkan kembali apabila ianya diperlukan; ini dikenali sebagai sistem hidup-berhenti. Sebuah elektrik hibrid menghasilkan pelepasan yang kurang daripada ICE berbanding kereta berkuasa petrol yang bersaiz sama, kerana enjin petrol HEV biasanya lebih kecil jika dibandingkan dengan kenderaan berkuasa petrol yang mempunyai saiz yang sama (gas asli da bahan api propana menghasilkan pelepasan yang lebih rendah) dan jika tidak digunakan untuk memberikan kuasa secara terus kepada kereta, boleh ditala untuk dikendalikan pada kecekapan maksimum, meningkatkan lagi ekonomi bahan api.