Kenderaan hidrogen merupakan
kenderaan yang menggunakan
hidrogen sebagai bahan api untuk kuasa bergerak, tidak kira sama ada berbentuk kenderaan pengangkutan peribadi seperti
kereta, atau mana-mana jentera pengangkutan lain yang menggunakan hidrogen sedemikian, seperti
pesawat. Loji kuasa kenderaan ini menukar tenaga kimia hidrogen menjadi tenaga mekanik (
tork) sama ada melalui
pembakaran atau penukaran elektrokimia dalam
sel bahan api: Molekul hidrogen yang diperlukan sebagai bahan api dalam kenderaan hidrogen boleh diperoleh melalui pelbagai kaedah termokimia yang menggunakan
gas asli,
arang (melalui proses pengegasan arang),
gas petroleum cair,
biojisim (
pengegasan biojisim), melalui proses
termolisis, atau sebagai hasil buangan mikrob yang dipanggil
biohidrogen atau
penghasilan hidrogen biologi. Hidrogen juga boleh dihasilkan dari
air melalui
elektrolisis. Jika elektrik yang digunakan untuk elektrolisis dihasilkan menggunakan
tenaga boleh baharu, maka penghasilan hidrogen (pada dasarnya) akan menyebabkan tiada pengeluaran
karbon dioksida bersih. Penguraian dalam kenderaan untuk menghasilkan hidrogen boleh berlaku apabila mangkin digunakan.Hidrogen ialah sejenis
pembawa tenaga, bukan
sumber tenaga, maka tenaga yang digunakan kereta perlu disumbangkan oleh loji kuasa biasa atau
stesen hidrogen rumah. Salah satu faedah pengeluaran kenderaan hidrogen besar-besara yang diperkatakan adalah boleh mengurangkan pengeluaran
gas rumah tanaman dan perosak
lapisan ozon.
[1] Lebih-lebih lagi, penukaran bahan api fosil boleh dialihkan dari kenderaan, seperti kenderaan masa kini, ke loji kuasa pusat di mana hasil sampingan pembakaran atau pengegasan boleh dikawal dengan lebih baik berbanding di paip ekor. Namun begitu, adanya rintangan teknikal dan ekonomi dalam pelaksanaan penggunaan kenderaan hidrogen secara meluas, di samping wujudnya alternatif yang kurang mahal. Mungkin berpiuluh-puluh tahun diperlukan untuk mengatasi rintangan-rintangan ini, dan kenderaan hidrogen mungkin tidak akan dihasilkan secara meluas.
[2][3] Untuk aplikasi mobil, hidrogen dianggap sebagai "salah satu kaedah paling kurang cekap dan paling mahal untuk mengurangkan gas rumah hijau".
[4]