Sinopsis Kepompong_(drama_lipur_lara)

Drama lipur lara Kepompong ini menceritakan lima orang sahabat yang berjiran di mana mereka tinggal dalam satu perumahan. Ibu mereka bersahabat, hamil, dan lahir bersama dalam satu hospital, dan kemudian mereka membesar dan bermain bersama.

Lima orang sahabat ini mempunyai geng yang bernama de'Rainbow. Indra ialah satu-satunya lelaki yang menjadi anggota de'Rainbow dan dia juga satu-satunya anggota kumpulan tersebut yang bersekolah di tempat berbeza dan boleh memasak. Chacha merupakan gadis cantik dan bergaya yang menjadi ketua geng de'Rainbow. Berlainan dengan Beby, gadis yang banyak keletah ini seorang yang suka berfesyen. Tasya, ialah gadis bersifat keperempuanan yang hidup sederhana. Helen gadis pintar yang suka membaca pelbagai jenis buku dan sering mengambil semua keputusan dan jawapan daripada buku yang dibaca.

Geng de'Rainbow, menjadi geng paling terkenal di sekolah mereka. Kepopularan mereka membuat Claudya dan satu-satunya kawan rapatnya, Amanda cemburu akan kumpulan tersebut sehinggakan Claudya bercita-cita untuk membubarkan de'Rainbow kerana kepopularan kumpulan tersebut semakin tinggi. Salah satu perkara yang dilakukannya ialah membentuk geng baharu dengan nama de'rainbow juga, yang terdiri daripada Amanda, Beverly, Brenda dan Oyon, kerana Claudya beranggapan kepergian Helen untuk ke sekolah di luar negara dan gagalnya menjadikan Kania sebagai anggota de'Rainbow yang baru membuat geng de'Rainbow bubar. Geng de'Rainbow yang 'asli' dengan yang 'palsu' ini menyatakan ingin bersaing dalam segala hal untuk membuktikan mana yang asli.

Indra mempunyai sebuah kafe, di mana de'Rainbow bekerja di situ. Ibu mereka juga berkawan rapat dan sering keluar bersama. Kisah percintaan juga turut mewarnai drama Kepompong ini. Chacha yang sempat menyukai Indra, akhirnya jatuh cinta dan menjalinkan hubungan dengan Monky yang merupakan seorang mahasiswa. Helen si ulat buku akhirnya jatuh hati kepada Oyon yang bersikap tidak masuk akal dan juga seorang anak pemilik syarikat bunga api, meski Helen memutuskan akan menjalinkan perhubungan setelah menghabiskan persekolahan menengah atasnya. Tasya yang awalnya berpacaran dengan Virgo, akhirnya jatuh cinta dan berpacaran kepada Indra. Beby yang mudah suka dengan lelaki (termasuk Indra dan Oyon) pula akhirnya menemukan si "putera idamannya" iaitu Virgo yang merupakan lelaki hebat dan ketua majlis pelajar SMU Bintang.