Kepulauan Alor ialah sebuah kepulauan yang terletak di sebelah timur
Kepulauan Sunda Kecil, Indonesia.
Pulau Alor ialah pulau terbesar dalam kepulauan ini, dan terletak di hujung timur.
Pulau Pantar pula ialah pulau kedua terbesar. Pulau-pulau kecil dalam kumpulan itu termasuk
Kepa,
Buaya,
Ternate (tidak boleh dikelirukan dengan
Ternate di
Maluku Utara),
Pura dan
Tereweng. Berdasarkan pentadbiran, kepulauan Alor membentuk
kabupaten sendiri dalam wilayah
Nusa Tenggara Timur. Kabupaten ini terbahagi kepada 17
kecamatan dan 158 kampung, dan berkeluasan 2,928,88 km2, dan dihuni sebanyak 211,872 orang setakat bancian 2020.
[1]Di sebelah timur kepulauan itu ialah
Selat Ombai yang memisahkannya dari pulau
Wetar dan
Atauro, dengan pulau kedua milik
Timor Timur. Di selatan, melintasi
Selat Alor, terletak bahagian barat
Timor. Di sebelah utara pula ialah
Laut Banda, dan di barat, terletaknya seluruh
Kepulauan Sunda.