Kepulauan_Andaman_dan_Nicobar

Kepadatan• 43/km2 (111/sq mi)Kepulauan Andaman & Nicobar ialah sebuah wilayah kesatuan India. Secara tidak formal, nama wilayah ini selalunya disingkatkan menjadi A & N Islands, atau ANI. Kepulauan ini terletak di Lautan Hindi, di kawasan selatan Teluk Benggala dan terdiri daripada dua kelompok pulau, iaitu Kepulauan Andaman dan Kepulauan Nicobar, yang memisahkan Laut Andaman ke timur dari Lautan Hindi. Kedua-dua kelompok ini terpisah pada selarian 10° N, iaitu kepulauan Andaman di utara latitud ini, manakala kepulauan Nicobar di selatannya. Pusat pentadbiran wilayah ini adalah bandar Andaman Port Blair.Jumlah penduduk wilayah ini menurut Banci India (2001) ialah 356,152 orang. Jumlah keluasan kawasan daratan wilayah ini kira-kira 8,249 km².

Berkaitan