Punca Keracunan_plumbum_di_Zampara

Dr Henry Akpan selaku ketua epidemiologi Kementerian Kesihatan menyatakan ia berpunca daripada kegiatan melombong emas secara haram oleh penduduk tempatan . Jabatan Kesihatan telah menemui 355 kes dan 46 % terbukti benar. Kanak-kanak tersebut mati selepas menggali emas.

Pada mulanya penduduk menyatakan kematian berpunca daripada penyakit malaria. Tetapi kumpulan Médecins Sans frontières yang menjalankan ujian darah mendapati adanya bahan asing . BBC melaporkan adanya pencemaran terhadap air yang diminum.

Mulanya pegawai imunisasi kehairanan tentang hampir tidak ada anak-anak di beberapa desa terpencil di negeri Zampara. Masalah semakin rumit kerana penduduk Muslim melarang orang luar memasuki kawasan itu.

Terdapat tanda-tanda seperti muntah dan sakit perut , nausea dan lain-lain gejala. Kanak-kanak dilaporkan bermain-main di kawasan berair yang mungkin telah tercemar. Keracunan akan menyebabkan kerosakan otak , tekanan darah dan sistem saraf. Kadar kematian mula berkurang pada bulan April.