Kerajaan_minoriti

Kerajaan atau pemerintah minoriti,[nota bahasa 1] malah juga kabinet minoriti adalah sebuah kabinet sistem berparlimen yang dibentuk apabila sebuah parti politik tidak memiliki majoriti dari keseluruhan kerusi parlimen yang dipertandingkan tetapi membentuk kerajaan bagi mengelakkan parlimen targantung selepas keputusan pilihanraya dikeluarkan. Kerajaan ini juga dikenali sebagai parlimen minoriti. Dalam sistem parlimen dua dewan, istilah ini berkaitan dengan sesuatu keadaan di mana dewan dengan keyakinan dianggap paling penting.Secara umumnya, sebuah kerajaan minoriti kurang stabil berbanding dengan sebuah kerajaan majoriti. Ini di sebabkan pihak pembangkang lebih mudah untuk menjatuhkan kerajaan dengan majoriti mudah undi tidak percaya.