Pentadbiran Kerajaan_negeri

Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri perlu melantik seorang Menteri Besar/Ketua Menteri bagi mengetuai barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK). Ahli yang dipilih merupakan di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah menang dalam Pilihanraya Kecil DUN sekurang-kurangnya 4 orang dan tidak melebihi 10 orang. Selain itu, 3 orang anggota pentadbiran kerajaan negeri akan dilantik sebagai ex-officio iaitu:

  1. Setiausaha Kerajaan Negeri
  2. Pegawai Kewangan Negeri
  3. Penasihat Undang-undang Negeri