Sinopsis Kerana_Aku_Isteri_Bidaan

Kisah Raina (Scha Elinnea) yang telah memfitnah Farel (Hisyam Hamid) demi kepentingannya tanpa menyedari ia memerangkap diri sendiri sehingga tekad melarikan diri daripada suami yang baru mengahwininya. Raina salah perkiraan apabila dia diperangkap oleh kekasihnya, Aznor (Wanns Ahmad) yang menjualnya untuk dijadikan GRO.

Farel dibesarkan oleh ibu angkatnya, Juwita dan mempunyai adik angkat, Miara (Silfeny Osman). Miara telah menfitnah Farel menodainya, sehingga Farel dihalau oleh ibu angkatnya. Farel kembali ke pangkuan bapa kandungnya yang tidak lama kemudian meninggal dunia dan telah mewariskan kepadanya segala harta dan kemewahan.

Farel bertemu semula dengan Raina di kelab hiburan. Farel mahu membebaskan Raina dari kancah maksiat walaupun pada mulanya Farel hanya ingin melunaskan dendamya kepada Raina. Namun kemudian Raina ditangkap khalwat dengan bekas pelanggannya sehingga Farel mahu menjualnya kembali kepada bapa ayam.

Sehinggalah pada suatu hari di mana Farel dinasihati oleh imam di kampungnya tentang tanggungjawab seorang suami. Dia mula sedar, untuk menebus silapnya dan ingin membaik pulih rumah tangganya.

Banner Kerana Aku Isteri Bidaan