Sinopsis Kerana_Anisa

Mengisahkan Anisa dan Syukri yang berkawan baik di kampung. Anisa mempunyai impian besar dalam hidup apabila bercita-cita menjadi peguam dan meminta Syukri menjadi 'guru' dan penguat semangatnya.

Bagaimanapun, bapa Anisa, Long Yahya menentang persahabatan Syukri dan Anisa. Selepas Anisa tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian namun mereka meneruskan hubungan menerusi surat.

Satu hari, Anisa dikejutkan dengan rombongan peminangan daripada Zahid. Anisa menentang kerana mahu meneruskan pelajaran kerana dia lulus cemerlang dalam SPM. Bagaimanapun, Anisa dipaksa berkahwin. Selepas berkahwin, Zahid bertindak kejam terhadap zahir dan batin Anisa.

Malah, Zahid makin menyakiti Anisa terutama selepas mendapat tahu hubungan Anisa dengan Syukri.

Berkaitan