Plot Kerana_Karina

Musim 1

Karina ialah seorang artis rakaman yang tengah merakam album keduanya. Labelnya menaruh harapan tinggi dan media pula ghairah meramal lagu yang makin hit. Lebih-lebih lagi, seperti yang kita tahu, album kedua seseorang artis penting sekali dalam menentu masa depan kerjayanya.

Pada masa yang sama, Karina perlu bekerjasama dengan seorang penerbit baru, iaitu Imran yang berbakat dan berkarisma. Masalahnya, mereka berdua pernah berpasangan tetapi sudah berpecah dengan membawa kenangan pahit. Selain itu, eksekutif labelnya tidak terdaya untuk menangani situasinya. Oleh itu, Karina dan rombongan pengurusan, rakan-rakan dan konco-konconya cuba memahami apa yang terbaik untuk kerjayanya.

Hari pelancaran albumnya makin tiba, dan Karina makin tertekan untuk melahirkan rakaman yang hit. Perkembangannya memang perlahan tapi apa yang penting ialah: Karina membiasakan diri dengan gaya Imran selaku penerbit. Lebih-lebih lagi, Karina beransur-ansur menyukai Imran sekali lagi. Namun, setiap hari mereka cuba saling mendekati adanya halangan yang wujud.

Musim 2

Karina kini sudah menjadi bintang popular, dan kini beliau telahpun menarik perhatian ramai apabila ditawarkan untuk berlakon filem. Tetapi sudah semestinya, Karina masih tidak dapat melupakan Imran dalam hidupnya.

Dan apabila ia berlaku, kepulangan dan pertunangan beliau dengan Imran tampak akan seperti mengakhiri kisah percintaan romantis mereka dengan sempurna. Namun kisah percintaan mereka menjadi semakin dramatik dengan kemunculan Zelfa (Tengku Tiara Yasmin Sofia), artis baru yang juga bernaung dibawah syarikat rakaman Dato Ross. Karina semakin cemburu apabila mengetahui bahawa dia dan Zelfa bekerja dibawah penerbit yang sama iaitu Imran, dan konflik semakin memuncak apabila Imran memilih untuk menerbitkan album Zelfa terlebih dahulu.

Tanpa disedari, kawan rapat Karina juga telah ‘melarikan’ diri daripada beliau. Boy kini sudah mempunyai rakan ‘baru’, sementara Sherina telah terpengaruh dengan satu tawaran untuk mengembangkan impiannya dalam bidang perniagaan yang sememang diimpikannya.

Memasuki dunia baru beliau sebagai pelakon di lokasi pengambaran, menjadikan Karina semakin lupa daratan dan kini Karina mempunyai helah tersendiri untuk direncanakan. Bagi Karina, maksud sebenar ‘bintang’ semakin sukar untuk diterima.

Musim 3

Waktu terus beredar namun Karina masih meratap kehilangan Imran. Sementara itu, kerjaya Zelfa kelihatan semakin berkembang. Dalam kekusutan ini, sahabat lama Karina iaitu Hani (Wan Nurul Aini Wan Shuib), tiba-tiba muncul kembali dalam hidupnya dan memberikan semangat baru kepada Karina untuk memulihkan kerjayanya.

Tetapi sewaktu pelancaran filemnya, Cinta Dewa Dewi, Karina terus mengecewakan sahabat baiknya dengan satu pengumuman yang menghampakan. Pada masa yang sama, Sherina pulang daripada London dan mendapat tahu bahawa Marcus telah bercerai. Ternyata, mereka masih menyimpan rasa sayang di antara satu sama lain, namun ibu Marcus menjadi penghalang cinta mereka. Ini ditambah pula dengan kehadiran Taufiq yang mula jatuh cinta pada Karina.

Berkaitan