Sinopsis Kerasnya_Takdir

Munir dan Jiha berpegang teguh kepada cinta mereka walaupun dibantah oleh kedua-dua keluarga mereka. Aminah kecewa dengan pilihan Munir yang mahu hidup bersama Jiha dari kelas bawahan dan hanya menguruskan sebuah kedai. Aminah mengharapkan Munir untuk mewarisi syarikatnya dan juga berkahwin dengan pilihan calon menantunya, Emilia.

Kehidupan Munir dan Jiha musnah selepas Munir terlibat dalam kemalangan dan anak mereka pula diculik secara misteri. Jiha telah dituduh berzina dan keadaan mentalnya juga tidak stabil selepas kehilangan Munir dan anak mereka.

Selepas 6 tahun, Jiha bertemu semula dengan Munir apabila dia terjumpa anaknya yang sudah lama hilang. Adakah cinta mereka akan bertaut kembali ataupun Munir sudah meneruskan kehidupannya?