Botani Kerekup

Pokok kerekup kecil dan tumbuh setinggi 6–14 meter. Batang muda pokok berduri. Kulit kayu batang pokok yang tua berwarna perang pucat atau kemerahan dan mengelupas. Helai daunnya berbentuk bujur dengan ukuran 5–11 sentimeter panjang dan 2–5.5 sm lebar. Daun-daun dan akarnya mengandungi tanin.[3][4]:72–73

Buah kerekup berukuran garis pusat 1.5–2.5 sm. Buah mudanya muncul berwarna hijau; ia bertukar warna menjadi merah, ungu atau hitam selepas ia masak. Isinya berwarna kuning kehijauan.[3][4]:73[8]