Kereta_kebal_Zulfiqar

Zulfiqar (atau Zolfaqar) adalah kereta kebal utama generasi kedua yang dikeluarkan oleh Iran. Ia telah dinamakan bersempena nama pedang lagenda imam syiah pertama iaitu Hazrat Ali.[2]Prototaip kereta kebal ini telah dinilai pada tahun 1993. Enam prototaip seterusnya dibina dan diuji pada tahun 1997.[3]Kereta kebal Zulfiqar telah dibangunkan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam bagi memenuhi keperluan oleh Tentera Iran.Kewujudan kereta kebal utama Zulfiqar pertama kali didedahkan pada tahun 1994 apabila ia diumumkan bahawa kenderaan tersebut telah dibangunkan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam. Selepas ujian dengan tiga generasi kenderaan prototaip, pengeluaran kereta kebal utama Zulfiqar dikatakan telah bermula pada tahun 1999.Tatarajah kereta kebal Zufiqar adalah konventional dengan ruang pemandu di hadapan, turet di tengah dan pek kuasa dan transmisi di belakang. Meriam 125mm dan sistem pemuat automatik berkait dipercayai sebagai diubah suai dari kereta kebal utama T-72 Russia yang turut dihasilkan di Iran. Pemuat automatik telah membolehkan krew kenderaan dikurangkan kepada tiga: komander, jurumeriam, dan pemandu.Peralatan piwaian dikatakan sebagai termasuk sistem kawalan tembak berkomputer, pandang siang/malam, sistem NBC, dan sistem pengesan/pemadam api.

Kereta_kebal_Zulfiqar

Tempat asal  Iran
Dihasilkan 1996–kini
Tinggi 2.5 m (8 ka 2 in)
Senjatakedua Mesingan 12.7 mm dan 7.62 mm
Lebar 3.6 m (11 ka 10 in)
Kelajuan 70 km/h (43 mph)
Senjatapertama Meriam laras licin 125 mm
Direka 1993
Aneka Zulfiqar 2, Zulfiqar 3
Berat 36–41 tan
Sistem ampaian bar kilasan
Kuasa/berat 21.7 hp/tan
Panjang 7 m (23 ka 0 in)
Armor Perisai komposit
Enjin Enjin diesel 12-silinder
780 hp (630 kW)
Jumlah dibina 100 Zulfiqar 1 pada tahun 2001[1]
Krew 3–4
Digunakan oleh Iran
Jarakoperasi 450 km (280 mi)
Jenis Kereta kebal utama