Rekaan Kereta_konsep

Kereta konsep selalunya radikal dari segi enjin atau rekaannya. Ada yang menggunakan bahan bukan tradisional, eksotik, atau mahal, merangkumi daripada kertas kepada gentian karbon kepada aloi yang diperhalusi. Yang lainnya pula mempunyai reka letak unik, seperti pintu sayap, 3 atau 6 (atau lebih) roda, atau keupayaan istimewa yang tidak terdapat pada kereta biasa. Oleh kerana ia selalunya tidak praktikal atau tidak menguntungkan, kebanyakan kereta konsep tidak melepasi model skala, malah lukisan dalam rekaan komputer. Keraan konsep lain yang lebih tradisional boleh dibangunkan kepada kenderaan yang boleh dipandu sepenuhnya dengan rangkaian kuasa dan aksesori yang berfungsi dengan baik. Keadaan kebanyakan kereta konsep terletak di antaranya dan tidak semestinya mewakili produk akhir.

"Model olok-olok" yang tidak berfungsi biasanya diperbuat daripada liin, tanah liat, logam, gentian kaca, plastik atau gabungan antara mana-mana bahan.

Jika boleh dipandu, sistem rangkaian kuasa selalunya dipinjamkan daripada kenderaan pengeluaran daripada syarikat yang sama, atau mungkin mengalami sedikit kecacatan dan ketidaksempurnaan dalam rekaannya.

Selepas jangka hayat berguna kereta konsep berakhir, ia selalunya dimusnahkan. Ada yang tidak dimusnahkan, sama ada dipamerkan di dalam muzium syarikat ataupun disembunyikan dalam simpanan.