Kereta_talaan
Kereta_talaan

Kereta_talaan

Kereta talaan, selalunya merujuk kepada kereta buatan Jepun, Asia ataupun Eropah, merupakan sejenis kereta yang menggabungkan keselesaan serta penggunaan bahan api yang rendah yang berpotensi menjadi kereta berprestasi tinggi jika diubah suai, terutamanya pada bahagian enjin, memandangkan kereta sebegini menampilkan pengendalian yang cukup baik disebabkan badannya yang ringan serta sistem gantungan yang lebih canggih.Kereta talaan berlainan dengan kereta supercar dalam banyak aspek; daripada harga sehinggalah kepada sesaran dan kuasa kuda enjin.Sesetengah pengeluar kereta talaan menawarkan varian berprestasi tinggi bagi kereta keluaran mereka yang sememangnya sudah mempunyai peralatan berprestasi tinggi, seperti Subaru Impreza STi dan Mitsubishi Lancer Evolution. Oleh kerana saiz enjin yang kecil, kereta sebegini selalunya memanfaatkan penggunaan pengecas turbo atau pengecas lampau untuk bersaing dengan kereta sport yang lain.